Tuesday, April 27, 2010

Diet mengikut kumpulan darah

Diet mengikut kumpulan darah...sejauh mana kebenarannya.

Kesihatan merupakan asset penting bagi seseorang individu untuk memastikan keseluruhan system koordinasi badan berada dalam keadaan stabil dan normal.Sesungguhnya ,Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. لقد خلقناالانسان فى احسن تقويم

Namun,dewasa ini,kadar peningkatan penyakit berbahaya di Malaysia semakin parah dan merungsingkan banyak pihak.antara pembunuh utama 90% rakyat Malaysia hari ini ialah penyakit jantung dan kanser. Adakah kalian semua tidak mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan allah?Rasul s.a.w bersabda:”rebutlah 5 perkarA sebelum datangnya 5 perkara,antaranya ialah sihat sebelum sakit”.

Tahukah kalian bahawa jantung merupakan satu organ yang diciptakan Allah untuk mengepam darah ke seluruh badan kita dan membolehkan segala aktiviti yang kita lakukan seharian berjalan dengan lancar dan tersusun.Jantung ibarat ‘center region’ yang berfungsi sebagai butang kawalan dalam badan kita yang mengepam dan memastikan perjalanan aliran darah ke ogan atau sel tertentu dalam keadaan yang sangat bersistematik.

Apakah sebenarnya penyebab utama penyakit fizikal ini timbul? Faktor pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca utana kepada permasalahan ini.rata-rata masyarakat hari ini lebih cenderung memilih makanan segera seperti makanan yang diitnkan,serbuk- serbuk perasa yang mengandungi monosodium glutamate(MSG) ,sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memberi kesedapan kepada makanan dan beberapa produk makanan segera yang lain. Kesemua jenis makanan ini memberikan impak negative terhadap pertumbuhan tubuh dan memudaratkan system imun tubuh terhadap serangan antigen perosak dari luar.

Setiap penyakit mesti ada penawarnya.namun, pencegahan awal lebih baik darpada mengubati walaupun penyakit yang dihadapi masih di tahap pertama iaitu tahap kawalan. Ramai orang menginginkan berat badan yang ideal iaitu BMI(Body mass index) tidak melebihi 24 kg/m2 dan tumbesaran yang sihat.pengamalan diet dalam pemakanan seharian amat dititikberatkan dan perlu dipatuhi.diet merupakan method yang berkesan untuk mengatasi masalah pelbagai jenis penyakit bagi seseorang individu.namun, harus berwaspada kerana diet yang berlebih-lebihan akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti aneroksia nervosa dan bulimia.biasanya penyakit ini selalu menyerang wanita kerana interpretasi dan persepsi wanita terhadap berat badan yang unggul amat dititikberatkan. oleh itu,mereka akan mengambil diet yang berlebihan sehingga boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri.

Jika dulu,pengamal perubatan pemakanan mengesyorkan diet mengikut pyramid makanan berpaksikan 4 kumpulan makanan yang kita makan setiap hari iaitu kumpulan carbohydrate, protein,lemak dan air.namun,pelaksana an system ini didapati kurang berkesan dan kurang sistematik kerana dari masa ke masa,pertambahan bahan kimia dalam makanan semakin meningkat dek mengikut arus sosiobudaya masyarakat yang semakin dihimpit kesibukan kerjaya dan dunia tanpa memikirkan soal pemakanan yang mereka ambil sama ada mengkut piawaian pyramid makanan ataupun tidak.

Oleh itu,Peter D-adamo,seorang saintis dari Barat telah memperkenalkan sejenia diet yang amat mudah untuk diamalkan.apa yang anda perlu buat ialah anda perlu memastikan kumpulan darah anda dan anda sekarang sudah bersedia untuk mengikuti pengamalan diet seperti ini.mudah bukan?hasilnya pun bakal memeberikan seribu satu impak positif kepada anda. diet mengikut kumpulan darah masing-masing. pada mulanya,hasil kajian beliau ditentang.namun, beliau tidak berputus asa malah dengan berbekalkan sekelumit semangat yang ada,beliau bangkit dengan menerbitkan satu buku bertajuk ‘Eat right for your type’ dan buku ini telah mendapat sambutan hangat dari banyak pihak.di seluurh duniaTidak adakah saintis Islam yang mampu bangkit sebaris dengan dengan Dr Peter malah lebih tinggi daripada itu?Tepuk dada Tanya iman.

Dr Peter telah mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kajiannya.beliau menggunakan lentil,sejenis bahan dalam kekacang untuk bertindak balas dengan coordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor yang mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti seharian .maksudnya,badan kita sentiasa berada dalam keadaan relax dan pembinaan protein untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan pesat. seterusnya,beliau mengatakan untuk kumpulan darah jenis O,individu terbabit dikategorikan sebagai ‘meat hunter’,kumpulan darah A dikenali sebagai vegetarian,kumpulan B dan AB lebih kepadai omnivore.Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan daging bersama susu dan ikan bersama susu.ini amat bertepatan sekali untuk kumpulan darah A di mana individu tersebut tidak boleh minum susu dan makan daging sebaliknya dineutralkan dengan pengambilan sayur-sayuaran yang banyak agar kesihatan terjaga dengan sempurna.Indahnya Islam!

Tuntasnya,pengamala n diet mengikut jenis kumpulan darah ini masih baru lagi pada persepsi masyarakat sekalian.amalan diet mengikut kaedah ini dipercayai berkesan membantu mengembalikan semula berat badan yang ideal dan normal dan dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser jantung,kanser peparu,diabetes mellitus yang banyak menyerang masyarakat kita sekarang terutama masyarakat Melayu.mungkin kerana penyedaan resepi masakan yang mengandungi banyak lemak,tinggi kandungan kolesterol dan peningkatan kadar glukosa dalam makanan hatta nasi yang kita makan setiap hari dan setiap 3 kali sehari jua mampu mengundang penyakit kencing manis.!

No comments:

Post a Comment