Wednesday, April 28, 2010

LU PIKIRLA SENDIRI....

Subject: Fw: lucah ke ni....????

Cerita 1


Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..



Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."



Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.




Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Kesimpulan Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal ..

REHAT JAP....JGN GELAK KUAT SGT :-)))

lawak mat rempit

boleh baca ......tapi control gelak tuu....... Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kisah Pertama:

Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan
aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.


Kisah Kedua.

Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkankedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poketseluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalanmeninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat;macam ape entah;..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga.

Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dahkire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu lehawek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukantelah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan aderlubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memangler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak
mau ngurat lagi

Pengalaman Pertama:
Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan susah sungguh nak naik tangga bas, pasal skirt dia ketat sangat, aku beratur kat belakang dia. Sekali dia cuba angkat kaki nak pijak tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan zip skirtnye yang terletak kat belakang. Sekali lagi cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip skirt kat belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia gagal nak pijak tangga pertama bas tu, masih tak boleh kerana skirt dia ketat sangat, aku pun cuba tolong angkat dia terus ketangga pertama. Tapi malang dia pusing kebelakang dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang pinggangnye. Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku. Aku pun jawab "Mula2 saya pun rase tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali bukak zip seluar saya, dah nak
terkeluar awang kat dalam tuh" Cepat2 dia mintak maaf kat aku.

Pengalaman Kedua
Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh sesak, ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada sorang amoi naik bas, pakai sikit punya seksi, dan dia pulak diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak tau pasal apa, lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan tengok si amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt dia aje punyependek dah nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu, Tiba2 bas membelok, dan amoi tu secara tak sengaja terjatuh kat riba pakcik tu....pakcik tu tengah baca "Aztagafirullah" kuat2 dan
laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah" ....tak gune punya pakcik.....

Pengalaman Ketiga
Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje kat tangga bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya napa pakcik tak turun lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap "masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der sekarang, ramai betul pencuri selipar sekarang nih"

You are my friend



[]

My Dad always told me that we could never measure our wealth by money but by our friends. I'm sure our friendship has made me rich!!!

Tiny but wonderful seeds of blessings are sprinkled on earth each day... and I just caught one that's so nice and true...
And it's you!

[]
[]
I may have forgotten to say that I care. I may have failed to open up and share, but though no words have been spoken, my promise of friendship won't be broken.

[]
Time and distance are important between friends. When a friend is in your heart, they remain there forever. I may be busy, but I assure you, you are always in my heart!

[]
Friends are like the walls of a house. Sometimes they hold you up, sometimes you lean on them. But sometimes, it's enough to know they're just standing by.

[]
If all my friends were to jump off a bridge, I wouldn't jump with them; I'd be at the bottom to catch them.

[]
One tree can start a forest; one smile can start a friendship.
One touch can show you care; one friend can make life worth living for.

[]
A smile makes us look younger...
while friends make us feel stronger... and they make us enjoy life.

[]

Subhanallah.. Indahnya Ciptaan Allah






How u Can Write a painting..............








Sand Scultptures












Tuesday, April 27, 2010

Diet mengikut kumpulan darah

Diet mengikut kumpulan darah...sejauh mana kebenarannya.

Kesihatan merupakan asset penting bagi seseorang individu untuk memastikan keseluruhan system koordinasi badan berada dalam keadaan stabil dan normal.Sesungguhnya ,Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. لقد خلقناالانسان فى احسن تقويم

Namun,dewasa ini,kadar peningkatan penyakit berbahaya di Malaysia semakin parah dan merungsingkan banyak pihak.antara pembunuh utama 90% rakyat Malaysia hari ini ialah penyakit jantung dan kanser. Adakah kalian semua tidak mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan allah?Rasul s.a.w bersabda:”rebutlah 5 perkarA sebelum datangnya 5 perkara,antaranya ialah sihat sebelum sakit”.

Tahukah kalian bahawa jantung merupakan satu organ yang diciptakan Allah untuk mengepam darah ke seluruh badan kita dan membolehkan segala aktiviti yang kita lakukan seharian berjalan dengan lancar dan tersusun.Jantung ibarat ‘center region’ yang berfungsi sebagai butang kawalan dalam badan kita yang mengepam dan memastikan perjalanan aliran darah ke ogan atau sel tertentu dalam keadaan yang sangat bersistematik.

Apakah sebenarnya penyebab utama penyakit fizikal ini timbul? Faktor pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca utana kepada permasalahan ini.rata-rata masyarakat hari ini lebih cenderung memilih makanan segera seperti makanan yang diitnkan,serbuk- serbuk perasa yang mengandungi monosodium glutamate(MSG) ,sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memberi kesedapan kepada makanan dan beberapa produk makanan segera yang lain. Kesemua jenis makanan ini memberikan impak negative terhadap pertumbuhan tubuh dan memudaratkan system imun tubuh terhadap serangan antigen perosak dari luar.

Setiap penyakit mesti ada penawarnya.namun, pencegahan awal lebih baik darpada mengubati walaupun penyakit yang dihadapi masih di tahap pertama iaitu tahap kawalan. Ramai orang menginginkan berat badan yang ideal iaitu BMI(Body mass index) tidak melebihi 24 kg/m2 dan tumbesaran yang sihat.pengamalan diet dalam pemakanan seharian amat dititikberatkan dan perlu dipatuhi.diet merupakan method yang berkesan untuk mengatasi masalah pelbagai jenis penyakit bagi seseorang individu.namun, harus berwaspada kerana diet yang berlebih-lebihan akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti aneroksia nervosa dan bulimia.biasanya penyakit ini selalu menyerang wanita kerana interpretasi dan persepsi wanita terhadap berat badan yang unggul amat dititikberatkan. oleh itu,mereka akan mengambil diet yang berlebihan sehingga boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri.

Jika dulu,pengamal perubatan pemakanan mengesyorkan diet mengikut pyramid makanan berpaksikan 4 kumpulan makanan yang kita makan setiap hari iaitu kumpulan carbohydrate, protein,lemak dan air.namun,pelaksana an system ini didapati kurang berkesan dan kurang sistematik kerana dari masa ke masa,pertambahan bahan kimia dalam makanan semakin meningkat dek mengikut arus sosiobudaya masyarakat yang semakin dihimpit kesibukan kerjaya dan dunia tanpa memikirkan soal pemakanan yang mereka ambil sama ada mengkut piawaian pyramid makanan ataupun tidak.

Oleh itu,Peter D-adamo,seorang saintis dari Barat telah memperkenalkan sejenia diet yang amat mudah untuk diamalkan.apa yang anda perlu buat ialah anda perlu memastikan kumpulan darah anda dan anda sekarang sudah bersedia untuk mengikuti pengamalan diet seperti ini.mudah bukan?hasilnya pun bakal memeberikan seribu satu impak positif kepada anda. diet mengikut kumpulan darah masing-masing. pada mulanya,hasil kajian beliau ditentang.namun, beliau tidak berputus asa malah dengan berbekalkan sekelumit semangat yang ada,beliau bangkit dengan menerbitkan satu buku bertajuk ‘Eat right for your type’ dan buku ini telah mendapat sambutan hangat dari banyak pihak.di seluurh duniaTidak adakah saintis Islam yang mampu bangkit sebaris dengan dengan Dr Peter malah lebih tinggi daripada itu?Tepuk dada Tanya iman.

Dr Peter telah mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kajiannya.beliau menggunakan lentil,sejenis bahan dalam kekacang untuk bertindak balas dengan coordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor yang mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti seharian .maksudnya,badan kita sentiasa berada dalam keadaan relax dan pembinaan protein untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan pesat. seterusnya,beliau mengatakan untuk kumpulan darah jenis O,individu terbabit dikategorikan sebagai ‘meat hunter’,kumpulan darah A dikenali sebagai vegetarian,kumpulan B dan AB lebih kepadai omnivore.Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan daging bersama susu dan ikan bersama susu.ini amat bertepatan sekali untuk kumpulan darah A di mana individu tersebut tidak boleh minum susu dan makan daging sebaliknya dineutralkan dengan pengambilan sayur-sayuaran yang banyak agar kesihatan terjaga dengan sempurna.Indahnya Islam!

Tuntasnya,pengamala n diet mengikut jenis kumpulan darah ini masih baru lagi pada persepsi masyarakat sekalian.amalan diet mengikut kaedah ini dipercayai berkesan membantu mengembalikan semula berat badan yang ideal dan normal dan dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser jantung,kanser peparu,diabetes mellitus yang banyak menyerang masyarakat kita sekarang terutama masyarakat Melayu.mungkin kerana penyedaan resepi masakan yang mengandungi banyak lemak,tinggi kandungan kolesterol dan peningkatan kadar glukosa dalam makanan hatta nasi yang kita makan setiap hari dan setiap 3 kali sehari jua mampu mengundang penyakit kencing manis.!

Nilai n erti sebuah persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Kerana Cinta

Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan

mari kita belajar bahasa cinta

Ucapkan I Love U dalam pelbagai bahasa!

Albanian - Te dua!

Arabic - Ohiboke (m to f) Nohiboka (f to m)

Bengali - Ami tomake bahlobashi!

Bosnian - Volim te!

Croatian - Volim te!

Czech - Miluji te!

Danish - Jeg elsker dig!

Dutch- Ik hou van je!

Filipino - Iniibig kita!

Finnish - (Mä) rakastan sua!

French - Je t'aime!

German - Ich liebe dich!

Greek - S'ayapo!

Hawaiian - Aloha wau ia 'oe!

Hebrew - Anee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m)

Hindi - Mai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati
hun (f to m)

Hungarian - Szeretlek!

Icelandic - Eg elska thig!

Italian - Italian

Japanese - Kimi o ai shiteru!

Korean - Dangsinul saranghee yo!

Malaysian - Saya cintamu!

Norwegian - Jeg elsker deg!

Polish - Kocham ciebie!

Portuguese - Eu te amo!

Romanian - Te iubesc!

Russian - Ya tyebya lyublyu!

Spanish - Te amo!

Swedish - Jag älskar dig!

Turkish - Seni seviyorum!

Ukrainian - Ya tebe kokhayu!

Vietnamese - Anh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)

Yiddish - Kh'hob dikh lib!

Zulu - Ngiyakuthanda!

Berapakah Harga Isteri Anda?

Hidup ini tidak keseorangan. Walaupun Kita hidup sebatang Kara, Kita masih Lagi Ada teman. Teman Kita itu ialah Allah swt yang sentiasa mendengarSetiap rintihan Dan permohonan Kita itulah sebaik2 teman kepada manusia diDunia ini.


Hargailah isteri anda........ .
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri Ini pada keluarga, suami Dan anak-anak Rugi Dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri Mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, Sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita yg Ada rahim ini ialah dia bekerja Dengan Tuhan... Jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 Hari sebulan dia tak wajib sembahyang Tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 Hari, Bila dah bersalin TU, susukanlah anak....jgn takut "kendur" atau Menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak?. Cuti ini bukan cuti suka hati Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti TU..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala....jangan buat deekkk jeee,Jangan buat alasan itu Dan ini pulak?.ingat TU si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih?
Orang lelaki tak Ada cuti dari sembahyang.. .. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis Nyawanya..


Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, Jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah Kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala Tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan Terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia Terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid Atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Alah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, Jadi dia pun memberi pahalanya kepada Suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan Isteri boleh Bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung Terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam Dan Diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik Dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak Kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir Kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan Wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
Ku tak layak ke syurgamu ...
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
Kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...


"Ya Allah...
Jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
Dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah
Meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.Jika diletakkan langit Dan bumi di sebelah dacing, Dan kalimah iniDi sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'LaaIlaaha illalLah' ini.Rasulullah saw. Bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha IllalLah, kamu pasti berjaya!"


Marilah Kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10


Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini Kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa Besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha Kita yang sedikit Ini

8 tanda lelaki perlu dijauhi

1. terburu buru mengajak kamu berkahwin

biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilngan kamu. Lelaki yang benar2 jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu2..

2. kaya dengan kata2 manis

Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang die tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata2 dan selalu nya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan.

3. sikapnya yang berubah2

Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah2 walaupun dalam masa yang singkat.kamu akan rasa setiap kali berjumpa, perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.

4. terlalu cemburu buta

Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saje, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.

5. suka merendah2kan kamu

Si dia sering kali merendah2kan kamu atau komplain terutama nya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak di sukai. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.

6. sukar menerima penolakan

Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin diTAKTOR!!

7. suka menyalahkan orang lain.

Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawa2 yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.

8. gunakan meterial sebagai ganti.

Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, hati2...bila termakan budi, takut tergadai body...

Kisah sedih untuk pengajaran

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut..

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu."

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. . Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. .

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai.. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila." "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi.. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang.. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"
Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.

Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan.. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan.. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

kita tidak akan menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangan nya...


♥♥ Jika kebahagiaan sidia bermakna kita terpaksa melepaskan sidia maka biarkanlah itu terjadi ♥♥
♥♥ Kerana melihat kebahagiaan orang yang dicintai jauh lebih baik drpd kita berada dekat disisinya tetapi tidak memiliki cintanya ♥♥

When a photo is not just a photo...